Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?
Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?
Maksud kepada persoalan di atas adalah apakah teknik pemasaran Internet yang paling anda kuasai? Sekali lagi, yang anda kuasai, bukan sekadar tahu.
Jika saya mahu anda menjawab sekarang juga kepada soalan di atas, adakah anda mempunyai jawapannya? Jika tiada jawapan, anda sebenarnya dilanda satu penyakit yang berbahaya. ![]()
Penyakit itu adalah, anda tiada kekuatan dalam satu-satu teknik pemasaran Internet. Anda sukar untuk bersaing dengan usahawan lain di dalam pemasaran. Akhirnya, hasil jualan kurang dan jika pemasaran itu menggunakan kos, maka kadar pulangan tidak mengembalikan kos tersebut (tak balik modal).
Dahulu, di saat awal saya menceburi bidang perniagaan Internet ini, saya main hentam sahaja di dalam melakukan promosi dan pemasaran. Yang hanya saya tahu, iklan iklan dan iklan. Tapi saya tidak ambil tahu sangat bagaimana melakukan pengiklanan yang berkesan dan aspek penting berkaitan.
Kini, saya mula berhati-hati dan lebih berdisiplin di dalam melakukan satu-satu teknik pemasaran. Jika orang lain menggunakan Google Adwords, tidak semestinya saya juga perlu melakukannya sekarang. Jika orang lain hebat dengan teknik SEO, saya tidak semestinya berhempas pulas mahu turut serta dalam medan tersebut.
Tidak kisah anda menggunakan teknik pemasaran Internet apa pun, yang paling penting adalah fokus dan anda menguasai teknik tersebut, bukan hanya tahu dan faham.
Jika anda menggunakan teknik pengiklanan Google Adwords, maka anda perlu faham bukan hanya perkara asas, malah anda tahu triknya, perkara dan isu berkaitan, malah anda ada tools untuk melakukan tracking bagi kempen PPC anda itu.
Jika anda bertanya saya mengenai teknik PPC (pay per click), saya bukan orangnya sebab saya tidak pernah menggunakannya.
Saya lebih kepada teknik Free Internet Marketing. Namun saya akan menggunakan kaedah PPC kelak kerana ia satu kaedah yang efektif.
Sekarang, saya menggunakan teknik pemasaran tersendiri dan usahawan lain ada kekuatan tersendiri. Tidak penting saya menyatakan apakah teknik-teknik yang saya kuasai, tetapi yang penting adalah apakah teknik yang anda kuasai??
Jika tiada, pilih satu teknik, belajar, kaji, faham dan kuasainya… Saya kini juga sedang dilanda keseronokan dengan satu teknik. Saya sedang syok kaji, belajar dan mengaplikasikannya. Apa la zul, belajar pun syok walau duit tak masuk lagi dengan teknik tu?
Yup, seronok. Sebabnya, saya hanya fokus kepada satu teknik, bukan macam-macam teknik. Lagi seronok apabila kita mengaplikasikannya. Kita boleh tahu cara mana yang berkesan bagi teknik tersebut dan akhirnya kita bertambah seronok apabila ia memberikan hasil yang optimum!
Bila dah mahir yang satu itu, saya akan belajar dan apply pula yang lain. Tidakkah ia menyenangkan hati daripada belajar banyak-banyak sekaligus? Orang yang gopoh dan tamak selalunya akan rugi jua. hehe..
Maka, jadilah diri sendiri, jangan tiru gaya dan style orang lain. Saya sedikit pun tidak kecewa dan sedih walaupun ada orang yang lebih hebat daripada saya, sebab saya adalah saya. ![]()
Bila anda sudah menguasai satu-satu teknik (walaupun tidak sepenuhnya) dan teknik itu memberikan hasil yang baik, maka belajarlah dan cuba pula teknik yang lain. Begitulah seterusnya. Orang kata, jangan buat sesuatu banyak-banyak sekaligus, tetapi buatlah satu-satu kerana ia lebih berkesan dan menguntungkan.
Akhir kata, kalau saya bertanya lagi selepas ini, saya harap anda dapat menjawab soalan saya di atas dengan lebih yakin dan optimis!
“http://blog.smartusaha.com”
