Apakah Niche?
Jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran secara offline ataupun online istilah ini mungkin tidak asing lagi pada anda. Apabila kita ingin memulakan perniagaan di internet, perkara yang perlu dipertimbangkan adalah apakah NICHE MARKET yang ingin dipilih?
Perkataan Niche adalah berasal daripada bahasa Perancis yang membawa maksud “to nest”. Di sini saya akan berikan gambaran mengenai konsep niche market. Cuba anda banyangkan diri anda sedang memancing di sebuah kolam ikan yang penuh dengan ikan-ikan yang lapar dan anda menggunakan umpan khusus untuk ikan-ikan yang lapar tadi. Umpan tadi diibaratkan produk/perkhidmatan yang anda tawarkan, manakala ikan-ikan yang lapar tadi adalah bakal pelanggan anda. Inilah gambaran mengenai sebuah niche market, iaitu memasarkan produk/perkhidmatan anda kepada pasaran yang memerlukannya.
Manakala lawan niche market adalah Mass Market. Mass market adalah seperti anda memancing di kolam yang besar dan penuh ikan-ikan yang sudah kenyang dan terdapat ramai orang yang menggunakan umpan yang sama seperti anda.
Bagaimanakah caranya untuk mencari Niche Market? Melalui Keywords! Link di bawah adalah salah satu tool yang boleh anda gunakan untuk mencari Niche Market anda :
http://inventory.overture.com
Sebagai contoh cuba anda masukkan keyword : “cat”
Berdasarkan keputusan yang dicari, keyword cat merupakan Niche yang bagus,tetapi bukan niche market anda kerana ia merupakan bidang yang terlalu luas.
Niche Market yang sesuai adalah seperti :
cat name
cat furniture
cat food
cat care
cat for sale
cat gift
Ini adalah sebagai contoh, tetapi sebaiknya anda buat melakukan proses menyelidik sedalam-dalamnya setiap keyword yang anda perolehi.
Daripada contoh di atas antara produk/perkhidmatan yang boleh anda hasilkan adalah seperti ebook tentang cat care, atau anda menjual affiliate produk tentang cat care, cat gift, cat furniture atau juga anda boleh membuat website tentang keyword di atas untuk Google Adsense, Chitika atau Yahoo Publisher Network.
Berikut saya akan berikan beberapa contoh website yang memiliki niche product untuk niche market.
Tentang haiwan peliharaan :
http://www.labradorsecrets.com
http://www.rabbitsecrets.com
Surfing :
http://www.surfsecrets.com
Memancing :
http://www.troutfishingsecrets.com
Bermain piano :
http://www.pianoisfun.com
Message theraphy :
http://www.massagetherapysuccess.com
Perhotelan :
http://www.bed-breakfast-success.com/
Niche market merupakan perkara yang sangat penting dalam memasarkan satu produk/perkhidmatan di internet. Sekarang anda boleh memulakan mencari dan menyelidik niche anda dan mulakan perniagaan online.

info yang bagus mas, saya lagi mencari tema niche yang pas,thanks atas infonya.