Apakah Salescopy?
Tidak kira apapun medium pemasaran anda sama ada online atau offline, jika anda menjual apa jua produk atau perkhidmatan, anda perlu tahu bagaimanakah caranya untuk memperkenalkan produk, membentangkannya dan mempromosikannya kepada prospek. Inilah dikatakan menjual daripada mata terus ke minda dan mendorong mereka membuat keputusan untuk membeli.
Dalam dunia offline, jika anda sebagai jurujual dan ingin menjual produk anda, anda perlu tahu cara untuk memperkenalkan, membentangkan dan mempromosikan produk kita di mata prospek.Kita kena menguasai komunikasi menjual dan cara memujuk pelanggan dengan kata-kata kita.
Kalau kena pada gayanya, mereka akan membeli tetapi kalau kata-kata anda tidak menarik minat mereka langsung, mereka tidak akan membelinya sama sekali.Jika anda tidak tahu bagaimana nak memujuk pelanggan, percayalah 1 produk pun belum mampu anda jual!
Dalam dunia online pula, salescopy di mini site merupakan Jurujual sepenuh masa kita. Salescopy inilah merupakan satu-satunya medium kita untuk memperkenalkan, membentangkan malah mempromosikan produk atau perkhidmatan kita dan memujuk para prospek membeli produk kita.
Dalam salescopy inilah kita akan menonjolkan segala teknik untuk mempromosikan produk atau servis kita habis-habisan. Berlainan dengan perniagaan offline tadi, perniagaan online merupakan komunikasi menjual dengan perkataan sahaja. Pendek kata jika anda tidak tahu memujuk mereka dengan perkataan, anda akan gagal menjual!
Jadi apa yang anda perlukan di sini ialah sebuah salescopy yang benar-benar mampu menjual, penuh menyengat, memikat, dan yang paling penting salescopy anda hendaklah benar-benar membunuh!
Jika anda tidak tahu menulis Salescopy anda, anda boleh mendapat khidmat bantuan pakar seperti di http://www.rmcopy.com/copywriting-melayu-malaysia-salesletter .
