Google AdSense, Cara Paling Senang Buat Duit Online?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Google AdSense telah mendominasikan ruang forum, perbincangan dan newsletter diseluruh internet. Sudah banyak kisah mengenai mereka yang membuat banyak duit dari bekerja di rumah, saya juga hidup selesa dengan pendapatan daripada AdSense ini, dan banyak lagi peluang untuk dicari. Nampaknya Google AdSense sudahpun mendominasikan bisnes pemasaran internet dan sekarang merupakan cara paling mudah untuk menjana pendapatan online.
Kunci kejayaan dengan AdSense adalah dengan meletakkan iklan di laman yang mendapat permintaan tinggi bagi sesuatu keyword. Lagi tinggi kos bagi setiap klik, lagi banyak anda menerima klik dari laman anda. Sememangnya tidak berbaloi jika mensasarkan kepada kos setiap klik yang rendah dan bagi keyword yang tidak mendapat sambutan.
Dengan begitu ramai orang memasuki internet setiap hari dengan begitu banyak klik, tidak dinafikan mengapa Google AdSense menjadi sangat terkenal.
Bagi mereka yang baru dalam pasaran ini, pada mulanya mereka ragu – ragu jika laman web mereka digunakan untuk mempromosikan produk dan servis orang lain. Tetapi apabila mereka mendapat idea yang mereka juga sebenarnya memperolehi pendapatan dengan cara itu, semua perasaan sinis dan keraguan itu akan hilang.
Ada 2 faktor utama dan bijak yang sesetengah webmaster dan publisher yang berjaya boleh pelajari dan gunakan dalam membuat duit di internet melalui AdSense.
1) Mensasarkan kadar trafik yang tinggi bagi laman web anda. Jika anda lihat log anda, kebanyakan dari pelawat anda mengambil kesempatan keatas sumber internet marketing dan e-book percuma yang anda sediakan dalam laman anda. Dalam kata lain, iklan anda sangat berkesan dan memperolehi lebih banyak klik. Juga bermakna lebih banyak wang untuk anda.
2) Meletakkan link iklan AdSense di bahagian laman web yang kurang menguntungkan, atau tidak memberikan keuntungan langsung. Dengan meletakkan AdSense di bahagian sumber yang percuma, anda akan dapat mengurangkan jumlah pelanggan yang berpotensi dari hilang ke laman lain. Rumit, tapi sangat effektif.
Dengan pelbagai teknik dan kadeah yang digunakan oleh pemilik-pemilik laman web ini bagi memperoleh pendapatan melalui AdSense, tidak hairanlah mengapa Google berusaha untuk sentiasa meningkat taraf AdSense, supaya mereka dapat mengekalkan imej mereka.
Satu ciri utama yang menjadikan AdSense sebagai sumber duit adalah keupayaannya untuk menapis sebanyak 200 URL. Ini memberi peluang kepada para pemilik laman web untuk menghalang tawaran yang rendah sekaligus pesaing kedalam laman web mereka. Ini membolehkan pemilik laman web memilih pengiklan yang menguntungkan mereka dan menolak pengiklan yang tidak membawa untung.
Buat masa sekarang, Google AdSense akan kekal di internet. Selagi ada orang yang mahu mendapat wang dengan mudah menggunakan bakat mereka, masa depan mereka akan cerah. Lagipun dengan semua peraturan tegas yang ditetapkan oleh Google, adalah sukar untuk AdSense berkubur dan ditamatkan dengan begitu sahaja

bagaimana untuk simpan banner kat blog kita?
sampaikan maklumat untuk membuka blog dalam google adsense ini?
Saya nak share anda.
mcm mana buat duit, dengan adsense ? saya daftar tapi tak berapa faham. boleh ajar cara2 itu. sila post dekat email saya.