Manfaatkan Laman Web Anda Dengan AdSense!
Bagaimana cara untuk memanfaatkan laman web anda sepenuhnya?
Jana pendapatan online dengan memaparkan iklan AdSense didalamnya. Kini, ramai yang sudah mula menyedari akan peluang yang ditawarkan melalui cara ini. Anda boleh cuba kira sendiri keuntungan yang boleh anda perolehi berasaskan setiap klik yang laman anda terima setiap hari. Dengan cara yang betul dan usaha yang berterusan, anda boleh menjana pendapatan tambahan bulanan dengan bekerja di rumah.
Google AdSense merupakan satu cara yang termudah bagi setiap pemilik laman web baik kecil ataupun besar untuk memaparkan iklan yang berkaitan didalam laman web mereka sekaligus membuat duit di internet dan menjana pendapatan yang menggalakkan. Iklan yang dipaparkan merupakan iklan-iklan yang berkaitan dengan isi kandungan laman web anda sendiri. Dengan itu, di samping menyebarkan maklumat kepada pengguna anda juga dapat menawarkan produk atau servis yang berkaitan secara tidak langsung. Ini merupakan sebab utama mengapa anda boleh memanfaatkan dan mengembangkan lagi isi kandungan laman web anda.
Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada berapa banyak pengiklan sanggup tawarkan kepada anda. Ianya juga bergantung kepada kata kunci ataupun keyword yang diperlukan. Jika perkataan yang dipilih oleh pengiklan mempunyai permintaan yang tinggi, anda berpeluang untuk menerima harga yang lebih tinggi setiap kali iklan tersebut diklik oleh pengguna. Manakala bagi perkataan-perkataan yang tidak berapa popular, harga setiap klik boleh jadi serendah beberapa sen sahaja.
Bagaimana hendak menjana keuntungan melalui laman web anda menggunakan AdSense?
1. Daftar dan buka akaun AdSense. Ianya hanya mengambil masa beberapa minit.
2. Apabila laman web anda diterima, anda akan diberi sejenis kod untuk disertakan didalam laman anda. Anda boleh masukkan kod ini dimana-mana laman kepunyaan anda. Iklan yang berkaitan akan muncul serta-merta. Iklan ini dipanggil AdWords.
3. Anda akan dibayar setiap kali AdWords di laman web anda diklik oleh pengguna. Jangan sekali-kali cuba untuk mendapatkan bayaran lebih dengan mengklik berkali-kali pada iklan anda sendiri. Ini boleh mengakibatkan akaun anda digantung dan laman web anda disingkirkan daripada Google. Pendapatan yang anda telah kumpulkan sebelum itu juga boleh turut dibatalkan.
4. Perhatikan statistik anda, Pendapatan anda boleh dilihat melalui laman akaun anda.
Apabila akaun anda mula berfungsi, anda pastinya mahu mendapatkan lebih banyak keuntungan sebagaimana laman-laman web lain yang berjaya diluar sana. Ianya amat penting bagi anda untuk menyedari bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian laman web dan jumlah pendapatan anda.
Kebiasaanya, apabila sesebuah laman web mula menjana pendapatan, pemiliknya akan menjadi lebih bersemangat untuk mengaut keuntungan lebih. Gabungan daripada usaha demi usaha seterusnya pengajaran dari pengalaman, anda akan capai apa yang anda inginkan melalui AdSense ini.
Masa dan beberapa faktor penting yang boleh dimanfaatkan.
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan lagi pendapatan AdSense anda?
1. Tetapkan satu topik untuk bagi setiap laman. Maksudnya, jangan campur adukkan topik didalam satu laman. Sebaiknya, tulis kandungan dalam laman tersebut menggunakan kata kunci yang relevan. Ini boleh meningkatkan lagi jumlah klik pada laman web anda.
2. Guna warna putih disekeliling iklan anda. Ini akan membuat iklan anda kelihatan lebih menonjol kepada pengguna yang melayari laman web anda. Ada juga pilihan warna lain yang boleh anda guna yang disediakan oleh search engine yang bersusaian dengan penampilan laman anda.
3. Periksa kedudukan iklan anda. Anda digalakkan untuk menggunakan format menegak, tempatkan dibahagiann tepi laman anda bagi penampilan yang lebih kemas. Walaubagaimanapun, guna format melintang jika ianya bersesuaian. Ambil perhatian tentang format yang memberi hasil yang lebih menggalakkan.
4. Kembangkan tema anda dengan menghasilkan lebih banyak laman yang mengandungi keyword yang berkaitan. Ini akan membuahkan hasil yang lebih memberangsangkan. Bukan sahaja ia akan menjana lebih banyak trafik ke laman web anda, malah ia membuat AdSense nampak lebih relevan untuk dipaparkan.
