Paid Per Click
- 0 Comments
Program Paid Per Click adalah antara program penjanaan kewangan yang terkenal di kalangan sesiapa yang baru ingin mencari peluang di internet. Masakan tidak, ia menawarkan pembayaran hanya dengan klik iklan dan ia percuma, malahan ramai yang menyertainya walaupun keuntungan sekerat Cuma. Satu klik bernilai $0.01, mungkin ia hanya sesuai bagi yang gigih. Namun, bagaimana jika kita menjadikannya sumber trafik dan pelanggan berpotensi, adakah ia berkesan?
Mengikut pengalaman saya sendiri, ia berkesan dan murah. Anda boleh mendapatkan traffik dari 1000 orang pengunjung unik dengan hanya USD3.20 bagi pengunjung US sahaja manakala USD1.95 bagi pengunjung antarabangsa. Potensi pengiklanan melalui PPC adalah ditentukan dengan kebijaksanaan anda memilih sasaran prospek.
Untuk mendapatkan maklum balas yang baik termasuk jualan yang agak berkesan, saya sarankan untuk set hanya kepada pengunjung US dan UK. Ini kerana pengunjung dari negara ini lebih terbuka akan perniagaan di dalam talian dan ini adalah satu kelebihan kepada penjual. Ciri ini boleh didapati di http://www.cash-hi.com yang mana mereka membezakan antara pengunjung yang kita pilih.
Namun begitu, jika anda hanya ingin meningkatkan jumlah trafik sehingga 1000 sehari, anda pilih pengunjung unik antarabangsa kerana harganya lebih murah. Ia bagus kerana ini dapat meningkatkan kedudukan anda di dalam Alexa ranking dan jika anda menyertai PPP, Social Spark atau Linkworth, anda lebih berpeluang untuk mendapatkan review yang ditaja.
Namun begitu, sistem trafik dari PPC sendiri ada keburukannya. Antaranya anda akan mendapati semua pengunjung anda datang dari link yang sama dan kadangkala mereka tidak dianggap sebagai pengunjung unik disebabkan faktor kemudian. Anda juga mungkin mendapati jualan tidak seberapa kerana secara azalinya, mereka yang mengikuti PPC ialah mereka yang tidak berduit atau tidak berani berbelanja di internet. Anda juga mungkin bermasalah dalam pengiklanan CPC kerana ia mungkin menurunkan nilainya akibat peratusan visitor per click yang rendah.
Kesimpulannya, ia bergantung kepada niat anda untuk menggunakan khidmat trafik PPC itu sendiri. Jika ia sekadar meningkatkan jumlah trafik dalam masa yang singkat, ia memang suatu teknik yang mudah dan cepat manakala anda juga berpeluang mendedahkan produk anda dengan mudah dah cepat. Namun, jika anda mencari pembaca dan pembeli setia, cara ini patut difikirkan dua kali sebelum diaplikasikan.
Khairul Anwar aka Yakuza666 merupakan penulis kepada beberapa e-book seperti Three Dollar Secret$ dan yang terbaru, masih dalam pembikinan iaitu Raja Bidvertiser. Beliau juga penulis Laporan Khas GBP Percuma yang sudah memasuki bahagian II. Blog peribadi beliau ialah http://www.kabelduit.com.







