Pemarasan Email
Ramai orang masih lagi tidak menggunakan internet sebaik mungkin untuk memasarkan produk dan perkhidmatan milik mereka. Kebanyakan hanya menggunakan ruang email untuk mempromosi produk/perkhidmatan yang mereka siarkan. Cara memperkenalkan produk/perkhidmatan melalui email merupakan satu contoh yang baik. Namun sejauh mana keberkesanan teknik yang digunakan di dalam pemasaran email yang biasa dilakukan?
Sebenarnya terdapat 3 bahagian besar dan utama di dalam pemasaran melalui internet ini. Ia boleh dibahagikan kepada:
-
Pemasaran Melalui Email
-
Pemasaran Viral
-
Pemasaran Search Engine
Terdapat beberapa bahagian lagi di dalam Pemasaran melalui email di mana jika disusun mengikut langkah awal hingga pemasaran yang berjaya adalah seperti berikut
-
Mencari bakal pembeli/pelanggan
-
Membina kredibiliti dan prospek
-
Melakukan pasaran (niche)
-
Menjaga hubungan anda dengan pembeli/pelanggan
-
Membentuk satu rangkaian pembeli/pelanggan
Terdapat berjuta-juta pelayar di internet setiap saat. Untuk mencari mereka yang berminat dengan produk/perkhidmatan yang anda tawarkan bukanlah mudah jika difikirkan secara kasar. Tetapi amat mudah jika anda mengetahuinya. Cukup sekadar menggunakan Email.
Email digunakan untuk menapis mereka-mereka yang benar-benar berminat dengan produk/perkhidmatan yang anda sediakan. Anda sebarkan maklumat terkini berkenaan dengan produk/perkhidmatan yang anda tawarkan. Mereka yang berminat akan memberikan respond kepada tawaran yang anda berikan. Namun anda hendaklah memikirkan cara bagaimana mahu mendapatkan respond yang terbanyak.
.
.
